SYDNEY – Gara-gara penumpang membawa objek mencurigakan, unit pemusnah bom terpaksa dikerahkan ke sebuah lapangan terbang di Australia.Insiden pada Khamis itu turut menyebabkan pemindahan sebahagian penumpang dan kakitangan selepas ‘alat pelik’ itu dikesan semasa pemeriksaan keselamatan.”Rupa-rupanya ia adalah peranti laser untuk membuang bulu pada tubuh yang disimpan dalam bekas coklat panas.”Individu tersebut enggan bekerjasama sejak dari awal hingga menyukarkan keadaan,” menurut jurucakap polis di negeri Victoria.Kejadian itu turut menyebabkan sejumlah penerbangan terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan.Lelaki tersebut bagaimanapun bernasib baik kerana tidak berdepan sebarang dakwaan setelah pihak pengurusan lapangan terbang mengesahkan ‘objek itu tidak lagi dianggap berisiko tinggi’. – AFP



