Pelakon Syida Melvin mengucapkan terima kasih dan terharu dengan mesej serta sokongan diterima daripada orang ramai buat dirinya.
Menerusi hantaran di Threads, Syida berkata dia tidak mampu membalas semua komen serta buat mereka yang mendoakannya.
BACA: Syida Melvin Fail Cerai Terhadap Suami

“Korang. Tak terbalas semua komen-komen. Mesej yang baik-baik dan doa anda buat Syida. Thank you,” katanya.
Sementara itu, Syida berkata Allah lebih mengetahui segalanya dan dia percaya pada takdir Allah.
“Allah maha mengetahui. Dia pegang hati kita semua. Dia nak bolak balik kan bila-bila masa saja boleh jadi. Dan Syida percaya pada Takdir, Takdir itu milik aku,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat, tidak kurang juga ada yang meminta agar tidak bercerai serta mendoakan jodohnya bersama suami berpanjangan.



