Kontroversi melibatkan jurulatih kesihatan, Tareq Fit semakin menyorot perhatian apabila dia tampil mendedahkan beberapa tangkap layar yang diterimanya daripada pelakon dan penyampai radio popular, Azad Jasmin.
Menerusi perkongsian di Threads, Tareq meluahkan rasa kecewa apabila tegurannya terhadap Azad berkaitan hiburan, dan penjagaan aurat orang rumah disalah ertikan.

Malah, Tareq sempat berkongsi beberapa tangkap layar mesej yang diterimanya daripada Azad yang mengaitkan teguran yang diberikan dengan memetik nama ibunya.






Enggan berdiam diri, Tareq menegaskan dia enggan membalas hinaan selebriti itu terhadap keluarganya seklai gus menyifatkan Azad sebagai seorang yang lemah emosi.
“Ni mak aku Pak Azad, yang kau hina dia. Kesian di dekat rumah jaga keluarga.
“Kau lemah emosi libtakan dia (ibu). Aku boleh balas tapi alhamdulillah aku seorang yang berakhlak. Allah akan balas apda kau. Alhamdulillaj rakyat Malaysia tak terima ni, kerana rakyat Malaysia berakhlak,” katanya.

Menjenagh ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan sekali gus meluahkan rasa kurang bersetuju dengan komen balas yang ditinggalkan Azad terhadap Tareq.



Artikel Berkaitan:“Kau Ingat Kau Famous Sangat Ke Kami Nak Tumpang Kau” – Kamal Adli Ajak Tareq Fit Bersemuka
Artikel Berkaitan:Giliran Aeril Zafrel Kena ‘Sound’ Tareq Fit, Minta Jangan Jadi Lelaki Dayus – “Tolong Hadkan Tayang Aurat Rumah Kau”
Artikel Berkaitan:“Tugas Kita Amar Maaruf Nahi Mungkar, Aku Tak Cari Salah Sesiapa”- Tareq Fit Pertahan Diri, Balas Kata-Kata Kamal Adli & Remy Ishak
Artikel Berkaitan:“Don’t Hate The Sinners, Hate The Sin” – Sharnaaz Ahmad Bidas Teguran Tareq Fit




