rnoraina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka pagi ini sehingga jam 1 tengah hari.
Menerusi kenyataan MetMalaysia, ia membabitkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.
Di Perak, kawasan terbabit adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Bagi Pahang membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub manakala Selangor di kawasan Sabak Bernam serta Hulu Selangor.
Selain itu, turut dijangka alami cuaca sama adalah kawasan Port Dickson, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan selain Tangkak serta Muar di Johor.
Di Sabah pula membabitkan kawasan di Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat
MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam.
© New Straits Times Press (M) Bhd




