Ameera Khan beri sokongan buat kekasih, ‘angkut’ keluarga tonton Jefri Nichol bertinju

Ameera Khan beri sokongan buat kekasih, ‘angkut’ keluarga tonton Jefri Nichol bertinju

Pempengaruh terkenal, Ameera Khan beri sokongan penuh buat kekasihnya yang juga aktor Indonesia, Jefri Nichol berentap dalam perlawanan tinju berdepan anak kepada Ahmad Dhani, El Rumi di Jakarta.

Ameera Khan beri sokongan kepada kekasih

Menerusi video yang dikongsi TikTok superstar.knockout, dapat dilihat Ameera bersama ibunya, Datin Noor Kartini, kakaknya, Noor Nabila dan anak buah, Jebat Jayden serta aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad yang berada di bangku penonton.

Ameera Khan beri sokongan Jefri berlawan tinju

Dalam pada masa yang sama, Ameera turut meninggalkan mesej kepada teman lelakinya dengan mengucapkan semoga berjaya buat aktor terbabit di Instagram superstar.knockout.

“Ini mesej kepada teman lelaki saya, Jefri Nichol.
Semoga berjaya, sayang. Saya doakan Allah memberikan kamu kemenangan yang adil dan dihormati orang ramai,” ujarnya.

Instagram will load in the frontend.

Tewas dalam masa 38 saat

Walau bagaimanapun, perlawanan ‘rematch’ antara kedua-dua selebriti muda itu masih berpihak kepada El Rumi apabila menewaskan Jefri dalam masa 38 saat sahaja.

Menerusi Ins Story Ameera, dia tetap menganggap Jefri sebagai pemenang dan seorang lelaki sebenar.

Ameera Khan beri sokongan

Artikel lain: Mimpi indah jadi nyata! Ameera Khan syukur Jefri Nichol lelaki idaman, matang & penyabar

Difahamkan, ini merupakan perlawanan tinju antara Jefri dan El Rumi apabila sebelum ini turut berentap di ring berdua kira-kira dua tahun lalu.

Dalam perlawanan sebelumnya, aktor terbabit kalah kepada El Rumi dan menentang semula selebriti terbabit untuk kembali bertembung di ring pada 9 Ogos 2025.

Sumber: TikTok superstar.knockout, Instagram superstarknockout

Scroll to Top