Selepas tular tangkap layar durasi panggilan telefon antara Ameera Khan dan kekasihnya, Jefri Nichol, adik kepada Neelofa mengaku mereka sering membuat panggilan ketika mempunyai masa terluang.
Menerusi sepotong video tular di TikTok, Ameera kelihatan tidak lekang memegang telefon bimbitnya itu meskipun sedang sibuk menghadiri acara fesyen di luar negara.
“Saya masih berbual dengan Nichol the whole time. Dan, saya rasa tak sabar untuk balik, mandi dan on the phone lagi sehinggalah saya tertidur,” katanya.
Bukan itu sahaja, aktor popular Indonesia itu juga tidak lekang memberikan nasihat dan semangat buat Ameera di setiap acara yang dihadirinya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet seakan boleh ‘relate’ dengan tindakan Ameera.
Malah, mengaku itu adalah perkara normal bagi pasangan yang bercinta.
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi lebih satu minit itu telahpun di tonton sebanyak 300,000 tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka.