Amira Othman, Fattah Amin Saling ‘Repost’ 10 Tanda Dalam ‘Healthy Relationship’, Netizen Komen: “Alhamdulillah, Tanda Mereka Semakin Bahagia”

Amira Othman, Fattah Amin Saling ‘Repost’ 10 Tanda Dalam ‘Healthy Relationship’, Netizen Komen: “Alhamdulillah, Tanda Mereka Semakin Bahagia”

Pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman sejak kebelakangan ini sering dikaitkan sedang menjalin ‘hubungan’ istimewa, lebih-lebih lagi apabila mereka menjadi duta untuk sebuah jenama.

Menerusi video yang disunting oleh netizen di platform TikTok, individu itu memuat naik tangkapan skrin memaparkan Fattah dan Amira saling berkongsi semula sebuah perkongsian yang menceritakan 10 tanda dalam hubungan sihat.

Antara 10 tanda hubungan sihat adalah tidak bergaduh terlalu lama, tidak mengalah dalam perhubungan meskipun diuji, saling mendukung, menghormati dan setia.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan penyokong mereka meluahkan rasa syukur terhadap ‘pasangan’ tersebut yang dipercayai telah menemui kebahagiaan sebenar.

Sebelum ini, aktor drama rantaian Keluarga Itu ini mengakui ahli keluarganya menyukai dan merestui hubungannya bersama pelantun lagu Hati Hati ini.

@im_yourgirl06

Ehem ehem 🥰😍💙🩵 Repost macam ni yang kami mahukan Abg Long n Kak Long 🫰🫶 #amiraothman #fattahamin #2025 #foryou #foryoupage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #trendingvideo #trending #trend #velocity #jodoh #masukberanda #capcut #CapCut

♬ Love Me Like You Do (Acoustic) – Jada Facer

Artikel Berkaitan: Baju Raya Sedondon, Fattah Amin Bagi Mini Love Pada Amira Othman Curi Tumpuan Netizen – “Tak Lepas Dia Pandang.. “

Artikel Berkaitan: Keluarga Fattah Amin Terima Baik Kehadiran Amira Othman – “Mereka Restu & Sukakan Dia”

Scroll to Top