Pelakon, Fattah Amin tersipu malu apabila segelintir netizen memuji gaya rambut baharunya.
Menerusi sesi siaran langsung tular di TikTok, Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menjelaskan dia memotong rambut kerana isterinya, penyanyi Amira Othman tidak berkenan melihat rambutnya berjuntai.
“Iya ka tampan? Terima kasih, saya potong terus pendek sebab ada orang itu dia tak suka rambut saya terjuntai-juntai,” katanya.
@byleeyana Mana yang cakap fattah tepis tangan mira hari tuuu masa nak pgg rambut. Ni tengok fattah dah potong rambut sebab kak long 🤪🤪 Haters kalah. Kak long menang ✅
Sebelum ini, nama pasangan sejol ini menjadi tumpuan ramai selepas tular sebuah video memaparkan Amira mahu membetulkan rambut Fattah di bahagian hadapan, namun ditolak oleh suaminya itu.




