Amuk tak tentu pasal, ‘rider’ lempar & tendang makanan buat netizen berang

Amuk tak tentu pasal, ‘rider’ lempar & tendang makanan buat netizen berang

Sejak dari kecil kita diajar adab terhadap makanan memandangkan ia adalah rezeki yang diberikan Tuhan untuk kita mengisi perut.

Namun, menerusi perkongsian yang tular di Twitter, seorang rider penghantar makanan telah mengambil pesanan pelanggannya dengan menyepak bungkusan makanan yang terjatuh sebelum dibawa keluar dari kedai.

Video yang dikongsikan semula oleh laman Twitter Malaysia Most Viral itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen dengan mengatakan tindakan tersebut sangat tidak wajar.

Mereka juga mengatakan jika tiada mood untuk bekerja, seeloknya tidak melakukan perkara biadap seperti itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyuarakan perasaan marah melihat tindakan sebegitu kerana sangat dilihat kurang ajar lebih-lebih lagi kepada makanan.

Jika berasa tidak puas hati sekalipun kepada mana-mana pihak, seharusnya tidak menjadikan makanan bahan melepaskan geram kerana ia adalah rezeki yang akan dimakan seseorang.

 

 

Walau bagaimanapun, hingga ke saat ini belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak berhubung tindakan yang dilakukan oleh rider berkenaan.

Apa-apa pun, lebih elok jika kita mengawal emosi lebih-lebih lagi ketika sedang bekerja supaya rezeki yang kita peroleh mendapat keberkataan daripada yang Maha Esa.

Sumber: Twitter Malaysia Most Viral