Anak Eyra Hazali alami jangkitan paru-paru

Kuala Lumpur: Semenjak empat hari lalu, anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish yang baru berumur tiga bulan telah dimasukkan ke sebuah hospital di Johor Bahru kerana jangkitan paru-paru atau pneumonia.

Eyra berkata bahawa pada awalnya dia tidak dapat menerima hakikat apabila anaknya itu terpaksa melalui kesakitan. Bagaimanapun, Eyra menerusi perkongsian di Instagram meluahkan rasa syukur dengan keadaan anaknya yang semakin pulih dan dibenarkan pulang hari ini.

“Hayder dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru. Ketika doktor memberitahu perkara ini, saya dalam keadaan tidak percaya kerana dia terlalu kecil untuk hadapinya”, katanya.

“Tengok dia kena cucuk jarum, menangis kena buat ujian saringan COVID-19, Alhamdulillah negatif, masukkan ubat, ambil gas, Allahuakbar, tapi dia seorang anak lelaki yang kuat”, katanya lagi.

Menurut Eyra, disebalik kesakitan yang dihadapi anaknya itu, Hayder masih mampu tersenyum.

“Walaupun menangis tapi dia masih mampu berikan senyuman indah kepada kami. Senyumannya buat saya semakin kuat. Mama minta maaf awak terpaksa lalui ini sayang. Mama sanggup lakukan apa saja untuk gantikan tempat dan kesakitan awak”, tambahnya.

“Semoga Allah permudahkan semuanya, memberkati awak dan panjangkan usia. Mama dan papa sayang awak sangat. Anak kami yang kuat”, tambahnya lagi.

Eyra mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November tahun lalu dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Hayder pada 14 Ogos yang lalu.

Sumber: HM

Akmal Hakim
Glamour Desk