am@hmetro.com.my
Georgetown: Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di sini, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM11,000 sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada diambil tindakan undang-undang.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara November 2024 hingga April 2025.
“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali menerusi transaksi pemindahan wang ke akaun Touch n Go miliknya,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Pulau Pinang Mustafa Kamal Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
© New Straits Times Press (M) Bhd



