Angka kematian runtuhan bangunan di Mesir meningkat 4 orang

Angka kematian runtuhan bangunan di Mesir meningkat 4 orang

Kaherah: Angka kematian akibat runtuhan bangunan 13 tingkat di bandar utara Mesir, Iskandariah meningkat kepada empat orang, Xinhua memetik portal berita Ahram Online pada Selasa.

Pasukan penyelamat menemukan dua lagi mayat pada Selasa selepas dua mayat ditemukan dari bawah runtuhan bangunan pada Isnin malam, menurut laporan itu.

Empat mangsa yang cedera dalam kejadian itu dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan perubatan.

Bangunan yang menempatkan pelancong musim panas terbelah sekali gus mengakibatkan ia runtuh, kata Gabenor Iskandariah Mohamed Taher kepada stesen Nile TV.

Pemilik dan kontraktor bangunan itu didakwa atas pembunuhan secara tidak sengaja dan kecederaan serta pembinaan haram yang dipercayai menyebabkan runtuhan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top