Anna Jobling simpati Meerqeen dikecam cium dahi pelawak Indonesia

“Walau bagaimanapun saya simpati dengan Meerqeen sebab dia bukan berniat tidak baik, cuma benda itu nak berlaku dan bukan sesuatu yang buruk. Malah kami mencipta banyak memori manis di sana.
“Kadangkala kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Ditambah pula dengan perasaan teruja sepanjang berada di Indonesia,” katanya kepada Metro.

Anna berkata, biarpun kadangkala dirinya sukar mengawal keadaan ketika dikerumuni peminat, namun dia masih mengambil langkah berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kecaman.

Dalam pada itu, pelakon berusia 22 tahun itu meluahkan kesyukuran kerana majoriti peminatnya adalah dalam kalangan wanita dan ia tidak menjadi satu masalah untuk berpelukan.

“Cuma saya mungkin beruntung sebab majoriti peminat adalah dalam kalangan wanita dan tidak menjadi satu masalah besar,”katanya.

Mengulas lanjut, Anna memberitahu kebanyakan peminat wanita di Indonesia meminta izin untuk memeluk Meerqeen terlebih dahulu dan padanya ia adalah perkara yang patut dilakukan bagi menghormati dan menjaga batas.

Malangnya, semua perkara boleh terjadi di luar kawalan kerana ia berlaku dengan cepat dan tak sempat nak berfikir panjang.

“Namun kadangkala perkara itu terjadi di luar kawalan kerana berlaku dengan cepat dan tak sempat nak berfikir panjang. Ibaratnya tak sempat nak bernafas dan kemudian baru tersedar.
“Tapi saya akan sentiasa mengingatkan diri agar berhati-hati apabila membabitkan soal pergaulan ini sebab tidak mahu menerima kecaman teruk.