Oh! Negara
Anwar Ibrahim tamat lawatan tiga negara Afrika dengan kerjasama baharu dan hubungan strategik
Malaysia sekali lagi mencuri perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan siri lawatan ke tiga negara Afrika dengan membawa pulang pelbagai komitmen kerjasama baharu. Ohmedia rasa ramai tak sedar betapa pentingnya hubungan Malaysia dengan benua yang sedang berkembang pesat ini, dan lawatan kali ini memang membuka satu lembaran baharu.
Lawatan tiga negara yang penuh signifikan…

Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa Anwar berlepas dari Nairobi pada 7 malam waktu tempatan menuju KLIA selepas selesai rangkaian lawatan yang padat. Beliau diiringi Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Datuk Seri Zaliha Mustafa, pegawai kanan kerajaan serta delegasi ketua perniagaan.
Sepanjang lawatan tiga hari di Ethiopia yang dikenali sebagai Tanduk Afrika, Anwar menyempurnakan misi penting di ibu pejabat Kesatuan Afrika di Addis Ababa. Ini merupakan lawatan pertama seorang Perdana Menteri Malaysia ke negara tersebut, selain menjadi lawatan balas selepas kunjungan rasmi Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali ke Malaysia pada Oktober 2024.
Dari Ethiopia, Anwar Ibrahim ke Afrika Selatan dan Kenya…


Selesai urusan di Addis Ababa, Anwar berlepas ke Johannesburg bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 dari 20 hingga 23 November. Kemudian, beliau meneruskan perjalanan ke Nairobi, Kenya sehingga 24 November bagi melengkapkan keseluruhan rangka kerja diplomatiknya.
Di Kenya, Malaysia dan Kenya bersetuju mempertingkatkan hubungan dua hala kepada bentuk perkongsian strategik. Hubungan yang terjalin sejak enam dekad lalu diberi nafas baharu dengan komitmen bersama menghapuskan halangan tarif, memperluas eksport dua hala serta memperkukuh sektor digital dan pembuatan berteknologi tinggi.
Kerjasama perdagangan Malaysia semakin luas…


Kenya kini antara rakan dagang penting dengan eksport utama mereka ke Malaysia merangkumi teh, kopi, bunga, avokado, titanium, kulit dan daging lembu. Malaysia pula banyak mengeksport minyak dan lemak boleh dimakan, produk kimia, elektronik, bahan kimia pertanian serta getah ke Kenya.
Lawatan kali ini jelas menunjukkan usaha serius Malaysia untuk membuka peluang baharu di rantau Afrika, sekali gus meletakkan negara kita pada platform yang lebih luas dalam ekonomi global.
Pssttt! Dalam dunia yang semakin terhubung, hubungan antarabangsa bukan sekadar soal diplomasi, tetapi peluang untuk membuka pintu rezeki dan kemajuan. Bila Malaysia berani meneroka pasaran baharu, korang pun patut berani cari ruang dan peluang dalam hidup masing masing.
Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




