Anwar Ibrahim Tegaskan Warga Israel Di Forest City Akan Diusir

Anwar Ibrahim Tegaskan Warga Israel Di Forest City Akan Diusir

Oh! Negara

Anwar Ibrahim berkata warga Israel di Forest City akan diusir segera jika siasatan membuktikan dakwaan itu benar.

Kerajaan memberi jaminan tidak akan berkompromi jika benar terdapat warga Israel yang memiliki dua kerakyatan dan menetap di Malaysia. Perkara itu kini sedang disiasat oleh semua agensi berkaitan sebelum sebarang tindakan diambil.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengiktiraf Israel. Sebab itu, tindakan tegas akan diambil sekiranya dakwaan berkenaan disahkan.

Siasatan sedang dijalankan di Forest City

Kredit Foto Forest City

Anwar berkata semua agensi berkaitan sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan berhubung kewujudan warga Israel di komuniti Network School di Forest City, Johor.

Beliau turut memaklumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka memberi penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

Semua agensi berkaitan (sedang menyiasat dakwaan ini) dan saya percaya Zambry akan beri jawapan. Kita siasat dan tidak izinkan (rakyat Israel menetap di Malaysia) kerana kita tidak iktiraf (Israel).

Mereka akan diusir segera (jika terbukti dakwaan terbabit benar). Tetapi (dakwaan) ini semua agensi sudah menjalankan siasatan.- Katanya.

Network School jadi perhatian

Kredit Foto Free Malaysia Today

Isu itu tercetus selepas kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat komuniti teknologi dikenali sebagai Network School di Forest City. Terdapat dakwaan mengatakan beberapa warga Israel menggunakan pasport kewarganegaraan kedua untuk menetap di kawasan tersebut.

Network School merupakan komuniti kediaman dan ruang kerja bersama yang dilancarkan oleh pelabur teknologi Balaji Srinivasan pada 2024.

Komuniti itu menyasarkan golongan techno-optimist dengan yuran sekitar AS$1,500 sebulan yang merangkumi penginapan, makanan serta pelbagai kemudahan lain.

Kerajaan Johor turut ambil tindakan

Kredit Foto Datuk Onn Hafiz

Sebelum ini, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan kerajaan negeri sudah meminta Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, polis serta agensi berkaitan menyiasat status kerakyatan individu yang terbabit.

Pada masa sama, beliau turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Digital menyemak status Network School, selain Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta pejabat tanah akan memeriksa pematuhan terhadap undang-undang tempatan sebelum tindakan sewajarnya diambil jika terdapat sebarang pelanggaran.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top