Anwar Perdana Menteri Ke-10, Ini Ucapan Tulus Izzah-“I Love You Papa, Always Proud of You!” – Hijabista

Usai pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10, Nurul Izzah telah memuat naik satu hantaran di Instagram.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira jam 3 petang tadi. Anakandanya, Nurul Izzah Anwar tidak dapat menahan rasa gembira kerana perjalanan yang penuh liku ditempuh oleh keluarganya akhirnya telah membuahkan hasil.

Artikel Berkaitan: Berakhirnya Penantian Rakyat Malaysia, Anwar Angkat Sumpah PM-10! – Istana Negara 

“…I love you, Papa.”

“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

Ketika kalah kita diduga,
Ketika menang juga kita diduga.

Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran yang sama, Nurul Izzah yang lebih dikenali dengan panggilan Puteri Reformasi itu turut menambah bahawa legasi yang ditinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit.

“Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah.” tulisnya sebagai penutup.

Rata-rata netizen turut memberikan maklum balas dan mengucapkan tahniah atas pelantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 itu.

Artikel Berkaitan: “Wanita Adalah Rakyat”- Sebuah Lagu Istimewa Bersama YB Nurul Izzah Dan Barisan Artis Lain Untuk Kaum Wanita!

Sekadar info, Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini di Istana Negara.

Sumber: Instagram Nurul Izzah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.