Anwar ucap takziah kepada keluarga Azraai Khor

Anwar ucap takziah kepada keluarga Azraai Khor

Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Azraai Khor yang disahkan meninggal dunia selepas diserang strok, pada Khamis. Foto FB Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara Mohd Azraai Khor Abdullah yang disahkan meninggal dunia selepas diserang strok, pada Khamis.

Beliau yang menyifatkan Allahyarham sebagai bekas pemain kebangsaan dan jurulatih disegani berkata, sudah pastinya jasa dan sumbangan Allahyarham kepada dunia bola sepak negara akan dikenang terutamanya buat penyokong Kedah apabila membawa pasukan itu muncul juara double treble pada 2007 dan 2008.

”Moga keluarga Allahyarham sabar dan tabah menempuh dugaan ini.

“Dititipkan doa agar Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan terbaharunya menerusi Facebook miliknya pada Khamis.