624 askar AS cedera dalam perang Iran

624 askar AS cedera dalam perang Iran

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 624 anggota tentera Amerika Syarikat (AS)  cedera sejak Presiden AS, Donald Trump mengarahkan serangan ke atas Iran pada Februari, menurut kemas kini terbaharu Jabatan Pertahanan atau lebih dikenali sebagai Pentagon bertarikh 25 Julai.

Daripada jumlah itu, 417 anggota dilaporkan cedera dalam Operasi Kemaran Epik Operation Epic  manakala 207 lagi dikategorikan di bawah Operasi Luar Negara.

AS  dan Iran bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada April serta menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) pada Jun.

Namun, serangan oleh kedua-dua pihak terus berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Minggu lalu, Pentagon menyemak semula angka korban perang dengan memindahkan nama empat anggota tentera yang maut daripada rekod Operasi Kemarahan Epik kepada rekod kematian di bawah Operasi Luar Negara.

Dalam Sistem Analisis Korban Pertahanan milik Pentagon, jumlah kematian bagi Operasi Kemarahan Epik Epik iaitu nama yang diberikan kepada serangan awal, masih disenaraikan sebanyak 18 orang sehingga Selasa dengan 482 anggota cedera.

Bagaimanapun, pada satu ketika selepas itu, nama empat anggota berkenaan telah dikeluarkan daripada rekod tersebut dan menjelang Khamis, angka kematian bagi operasi itu dikurangkan kepada 14 orang.

Nama keempat-empat anggota yang maut itu kini disenaraikan di bawah Operasi Luar Negara,yang menurut sistem tersebut merekodkan korban bermula 7 Julai 2026

Perubahan statistik korban, termasuk jumlah anggota yang cedera dan maut, yang dilakukan tanpa penjelasan atau pengumuman rasmi, telah dikritik kerana didakwa menjejaskan ketelusan AS dalam perang itu. – AFP

Scroll to Top