Anwar ziarah makam Mustafa Kemal Ataturk

Anwar ziarah makam Mustafa Kemal Ataturk

am@hmetro.com.my

Ankara: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi dan memberi penghormatan kepada makam pengasas Republik Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk, di Anitkabir di sini, sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.

Perdana Menteri turut dibawa meninjau persekitaran kompleks bersejarah berkenaan, termasuk muzium yang memaparkan naratif perjalanan sejarah, pengorbanan dan wawasan besar pembinaan negara bangsa Turkiye.

“Kunjungan ini memberi ruang renungan yang mendalam mengenai makna kepemimpinan, pengabdian kepada tanah air serta pentingnya nilai kenegaraan dalam membina masa depan adil dan bermaruah,” katanya.

Anwar kemudian menyampaikan Syarahan Umum bertajuk ‘Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye’ di sebuah hotel di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top