Anwar ziarah Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik PMO

Anwar ziarah Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik PMO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri Khairil Hilmi yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata keadaan Khairil semakin pulih berbanding sebelum ini.

“Petang tadi menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri saudara Khairil Hilmi yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

“Alhamdulillah, keadaan beliau kini bertambah pulih ketimbang sebelumnya. Mendoakan saudara Khairil Hilmi dikurniakan kekuatan dan kembali pulih, insya-Allah,” kata beliau.- BERNAMA