Pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan mengenai produk terbarunya, LMK Chocotubs.
Menerusi hantaran tersebut, Ameera memuat naik gambar mempromosikan produknya itu namun ada yang mempersoalkan pakaian yang digayakan seolah kurang sesuai.
BACA: Ameera Khan Jual Chcocotub, Netizen Teruja Nak Beli

Dalam hantaran berkenaan, Ameera memakai jubah mandi atau bathrobe berwarna putih sambil memegang produknya.
Diruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan iklan tersebut serta ada yang bertanyakan kaitan coklat yang dijual dengan baju yang dipakai.
Malah, ada yang memberi cadangan untuk mengambil gambar produk secara dekat untuk mengetahui menenai bahan yang digunakan.


