APM Sarawak sedia bina lebih banyak pejabat di setiap daerah

APM Sarawak sedia bina lebih banyak pejabat di setiap daerah

KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak menyasarkan untuk meluaskan operasinya di semua daerah di negeri ini.

Pengarah APM Sarawak, Mohtar Samat berkata sehingga kini APM Sarawak sudah mempunyai 21 pejabat pentadbiran di setiap daerah di Sarawak.

“Kita sudah mempunyai perancangan untuk membina lebih banyak lagi pejabat terutamanya di Simunjan, Selangau, dan Pakan, katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Ke70 di Pusat Pertahanan Awam negeri Sarawak (PUSPA) di sini hari ini.

Tambahnya, perancangan pembinaan tersebut kini sudah dalam pembinaan dan ia akan mengambil masa untuk dibina pejabat seperti yang dirancang pihaknya.

“Mungkin bukan dalam tempoh setahun dua, tetapi dengan adanya sokongan ibu pejabat ini, ia akan bantu pergerakan ke arah setiap keperluan daripada pasukan APM di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita berhubung keahlian APM di Sarawak, Mohtar berkata APM Sarawak tidak mempunyai isu berhubung pengambilan anggota dan sukarelawan.

Jelasnya, APM Sarawak kini sudah mempunyai hampir 78,00 ahli di seluruh negeri ini.- UTUSAN