Ariarne buktikan 'gadis bodoh' boleh berjaya di Olimpik

Ariarne buktikan 'gadis bodoh' boleh berjaya di Olimpik

Paris: Ariarne Titmus berkata, dia tidak percaya “seorang gadis bodoh” dari Australia boleh memenangi acara 400 meter (m) gaya bebas di Olimpik secara berturut-turut, sambil memberi pujian kepada pesaingnya, Katie Ledecky.

Perenang berusia 23 tahun yang merendah diri itu berjaya menewaskan perenang Kanada, Summer dan atlet Amerika, Katie untuk menyertai Dawn Fraser sebagai satu-satunya perenang wanita Australia yang berjaya mengekalkan mahkota kejuaraan Olimpik kali ini di Paris.

Pemegang rekod dunia itu mendahului sepenuhnya perlumbaan dengan catatan 3 minit 57.49 saat mengatasi Summer (3:58.37) dan Katie 4:00.86) yang semakin keletihan di 50m terakhir.

“Secara jujurnya aya tidak percaya itu saya.

“Saya melihat diri saya dan saya rasa saya gadis biasa yang normal. Saya suka berenang dan saya suka keluar dan mewakili negara saya dan berseronok.

“Saya melihat diri saya dan saya rasa saya sama seperti mereka yang lain. Saya suka berenang dan saya suka keluar dan mewakili negara saya serta berseronok.

“Saya harap tiada sesiapa memandang saya secara berbeza. Saya hanyalah gadis ‘bodoh’ dari Tassie (Tasmania) yang sama seperti yang lain mempunyai impiannya.

“Ini adalah bukti yang ingin saya tunjukkan kepada semua bahawa mereka boleh melakukan apa saja yang mereka mahu lakukan jika mereka bekerja keras dan percaya pada diri mereka sendiri. Dan inilah saya, dari Launie (Launceston), sebuah bandar dengan 90,000 penduduk, dan saya di sini mengejar impian itu.”

Titmus menewaskan Katie di Tokyo, hadir ke Perancis dalam prestasi terbaik selepas memecahkan rekod dunia 200m dan menjadi perenang kedua terpantas dalam 400m ketika kejohanan ujian Australia.

Tetapi kemampuan Katie tidak boleh dipandang rendah dan Summer sentiasa menjadi ancaman selepas merampas rekod dunia Ariarne tahun lalu sebelum perenang Australia itu kembali merampas semula.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top