Arteta kekal dengan caranya

Arteta kekal dengan caranya

LONDON: Mikel Arteta berkata dia akan terus mempertahankan haluan dipilih buat Arsenal walaupun permulaan buruk di Liga Perdana yang menyebabkan penyokong tidak berpuas hati.

Bekas pemain tengah Arsenal itu akan membawa pasukannya bertemu juara bertahan, Manchester City esok selepas gagal memungut sebarang mata dan tidak menjaringkan gol dalam dua perlawanan awal.

Pasukan itu juga diejek oleh penyokong mereka selepas tewas 2-0 di tangan Chelsea.

Arteta yang membimbing Gunners untuk meraih Piala FA pada 2020 selepas sebulan menggantikan Unai Emery – yakin strategi digunakan buat pasukan adalah yang terbaik.

“Tidak, bukan itu hala tujunya,” katanya ketika ditanya sama ada dia meragui pendekatan digunakannya.

“Anda perlu cuba menyesuaikan diri.

“Anda perlu berupaya melihat apa yang berlaku dan bagaimana anda boleh membantu pasukan dan individu di padang, dengan cara percakapan anda atau dengan cara anda berkomunikasi dengan pasukan.

“Atau apa yang anda mahu mereka lakukan, dan cuba menyesuaikan diri.

“Tapi arah tujuannya tidak akan berubah.” – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top