AS senarai hitam entiti perniagaan, kementerian di Myanmar

Bulan lepas AS menyekat beberapa pemimpin tentera dan menyenarai hitam tiga entiti berkaitan tentera atau pasukan keselamatan Myanmar. (Gambar AP)

WASHINGTON: Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyenaraihitamkan Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan dua entiti komersial Myanmar.

Jabatan itu turut mengumumkan langkah kawalan eksport lebih ketat terhadap Myanmar, lapor agensi berita Xinhua.

Bulan lalu AS menyekat beberapa pemimpin tentera dan menyenarai hitam tiga entiti berkaitan dengan tentera atau pasukan keselamatan Myanmar.

Tentera mengisytiharkan perintah darurat selama setahun di Myanmar setelah menahan Presiden U Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, bersama pegawai kanan lain daripada Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) pada 1 Feb lepas.

Ia mendakwa terdapat penipuan undi dalam pilihan raya umum Nov 2020 yang menyaksikan NLD memenangi majoriti kerusi di kedua-dua dewan Parlimen.

Suruhanjaya Kesatuan Pilihan Raya Myanmar menafikan dakwaan itu.

Scroll to Top