Kuching: Jerebu rentas sempadan di Sarawak menjejaskan enam kawasan dengan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang, berbanding lima kawasan pada pagi tadi.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Kuching (153), Samarahan (155), Serian (171), Sri Aman (124), Mukah (115) dan Bintulu (153).
Terdahulu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jerebu rentas sempadan dijangka menjejaskan 19 kawasan dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan corak angin semasa membawa asap dari titik panas di wilayah jiran ke negeri itu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kawasan yang dikenal pasti ialah Betong, Bintulu, Daro, Julau, Kanowit, Kuching, Lundu, Marudi, Miri, Mukah, Pakan, Samarahan, Saratok, Serian, Sibu, Simunjan, Song, Sri Aman dan Tatau.
© New Straits Times Press (M) Bhd




