am@hmetro.com.my
Putrajaya: Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan ahli keluarga hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini dipercayai bagi menerima notis pengisytiharan harta.
Beliau tiba di pintu masuk pejabat SPRM pada jam 9.15 pagi bersama tiga ahli keluarga menaiki dua kenderaan mewah Toyota Alphard dan Vellfire berwarna hitam.
Individu bersama beliau ialah isteri dan dua anak membabitkan atas tiga pertuduhan terhadap Saravanan yang menerima suapan RM1.097 juta, empat tahun lalu membabitkan pemberian kelulusan terhadap permohonan 1,000 kuota pekerja asing bagi syarikat TYKB Engineering Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Saravanan sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos lalu.
Media Jumaat lalu melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 akan diserahkan kepada Timbalan Presiden MIC terbabit Isnin ini masing-masing dalam tempoh sebulan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




