“Asalnya mahu jual inai secara besar-besaran dengan Shopee…”- Neelofa

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai pelakon dan usahawan tersohor, Noor Neelofa yang dikatakan ‘tikam belakang’ para stokis dan ejen inai Nunha keluarannya.

Terbaharu, tular sebuah video penjelasan daripada selebriti berusia 33 tahun itu bagi menjawab pertanyaan ramai mengenai sistem reseller yang dilakukan oleh perniagan

Menerusi video yang dikongsikan, Neelofa mendedahkan pada mulanya dia hanya mahu melakukan perniagaan inai secara besar-besaran bersama Shopee dan jualan secara langsung menerusi Go Shop dan sebagainya.

Jelas Neelofa, dia tidak mahu menjual Innai Nunha dengan menggunakan sistem reseller seperti yang dilakukannya sekarang.

Namun, disebabkan ramai bertanya dan memberitahu mahu menjual inai bersama, aktres itu terus memaklumkan kepada suaminya, Haris Ismail. Usahawan kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang berkata, keputusan yang dibuatnya kini hanya mahu memberi peluang kepada orang ramai untuk mencari rezeki bersama.

“Inai ini, pada asalnya saya nak buat tanpa sistem reseller. Saya nak buat directly dengan Shopee secara besar-besaran dan nak gunakan direct selling Go-shop dan sebagainya.
“Tapi, memandangkan ramai beritahu nak jual inai, saya terpaksa beritahu suami dan mengatakan mereka harus memberi peluang kepada orang ramai untuk mencari rezeki bersama,”jelas Neelofa.
@nunhaselangoru8

Replying to @hawasumayyah0 ini live dia

♬ original sound – stokist nunha selangor – stokist nunha selangor

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada mereka mengambil peluang yang diberikan oleh Neelofa dan suami dengan membuat ‘tahi’ di mana mereka menghentam dan menyebarkan vibes negatif kepada ramai.

“Apabila dah bagi peluang, ramai pula yang ambil kesempatan ini untuk menghentam dan menyebarkan benda yang negatif mengenai perniagaan saya.”ujarnya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dan ramai mengatakan sistem reseller yang dibuat oleh Neelofa perlu dipertingkatkan dan perlu menjadikan Khairulaming  sebagai contoh terdapat sekiranya mahu mendapatkan kepercayaan pelanggan dan reseller.

Malah, ada yang mengatakan mereka tidak percaya dengan penjelasan yang diberikan oleh pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memandangkan usahawan itu pernah ‘putar belit’ situasi melangkaui ke Langkawi atas urusan cawangan baharu Chatime tempoh hari.

Selain itu, ada yang mengatakan penerangan itu tidak menjawab masalah yang berlaku.

Sumber: TikTok @nunhaselangoru8