Nilai teras Haier cipta kehidupan pintar pengguna

Kuala Lumpur: Jenama produk kelengkapan rumah, Haier Malaysia (Haier) yang berkembang pesat di seluruh dunia meraikan ulang tahun ke-20 di negara ini. 

Syarikat itu menawarkan pelbagai rangkaian perkakasan rumah seperti peti sejuk, mesin basuh, pembeku, penyaman udara domestik dan komersial, televisyen LED serta perkakasan kecil. 

Sejak penubuhannya pada tahun 1984, Haier menyediakan produk yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi selari dengan pengiktirafan diterima sebagai Jenama Perkakas Utama No. 1 Dunia untuk tahun ke-13 berturut-turut. 

Haier juga syarikat pertama dengan penjenamaan ekosistem Internet-of-Things (IoT) menerima the BrandZ’s Top 100 Most Valuable Global Brands untuk tahun keempat berturut-turut. 

Nilai teras Haier memfokuskan inovasi produk selaras dengan falsafah jenama ‘Inspired Living’ yang mana setiap produk dicipta menggabungkan teknologi memenuhi keperluan dan mencipta kehidupan pintar pengguna. 

Ini termasuklah peti sejuk, penyejuk beku; mesin basuh; penghawa dingin; penghawa dingin komersial; televisyen; peralatan dapur; pemanas air dan peralatan kecil yang ditawarkan. 

Pencapaian Haier terus gemilang apabila dinobatkan sebagai pemenang BrandLaureate Prominent Business Bestbrands 2018 bagi kategori anugerah Perkakas Rumah Pengguna. 

Selain itu, Haier menerima anugerah pengurusan tenaga kebangsaan bagi ‘Penyelesaian Penjimatan Tenaga Penyejuk’ daripada Kementerian Kesihatan (KKM) pada Persidangan Kelestarian Penjagaan Kesihatan yang julung kali diadakan tahun lalu. 

Meneruskan pencapaiannya, Haier menerima Anugerah Kecemerlangan MARVEX pada MARVEX 2022 yang diadakan Mac lalu. 

Dengan keterampilan dan inovasi hebat serta perkhidmatan berkualiti yang diterima pengguna, Haier bukan sahaja mendapat kepercayaan tetapi sokongan rakan kongsi tempatan sekali gus mendorong produk syarikat itu dijual di lebih 1,500 cawangan atau pusat beli-belah di seluruh negara. 

Haier kini mengendalikan 30 jenama kedai di seluruh negara, membolehkan pelanggan melihat produk dan teknologi terkini yang disediakan. 

Antara produk komersial dan isi rumah Haier yang terkenal adalah penghawa dingin yang mana selama enam tahun berturut-turut, jenama ini disenaraikan sebagai Penyaman Udara Bersih Sendiri Sihat No. 1 Dunia. 

Penghawa dingin Haier pilihan popular pengguna kerana ia gabungan unit penyejukan unggul dari segi teknologi dan strategi dengan harga yang berpatutan. 

Jenama ini menawarkan dua jenis penghawa dingin iaitu kediaman dan komersial. 

Begitu juga peti sejuk Haier menjadi pilihan ramai kerana ia direka untuk setiap gaya hidup, dengan fungsi dan reka bentuk premium. 

Teknologi segar peti sejuk Haier memastikan makanan lebih segar lebih lama, mengurangkan sisa makanan atau kerosakan. Ia mempunyai fungsi pensterilan antibakteria yang 99.99 peratus berkesan. 

Bersempena dengan Ulang Tahun ke-20 Haier di Malaysia, syarikat itu menganjurkan ‘Spend and Win Kempen Merdeka’. 

Peminat Haier hanya perlu membeli produk jenama itu bagi melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah. Seterusnya, berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM300,000. 

Pengguna boleh membeli mana-mana produk Haier dan mengambil bahagian dalam kempen Spend and Win Merdeka. Peluang memenangi hadiah cabutan bertuah sehingga RM300,000 adalah tertakluk kepada terma dan syarat. 

Kempen itu akan berlangsung bermula 1 Ogos hingga 30 September ini. 

© New Straits Times Press (M) Bhd