SHAH ALAM – “Assalamualaikum, Tun.”
Demikian sapaan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menyantuni bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Laman Padi, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada Sabtu.
Menerusi video yang dikongsikan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Bang Mat menerusi Facebooknya, beliau dilihat bersalaman dan beramah mesra dengan Dr Mahathir.
Dalam pertemuan ringkas itu, tokoh negarawan itu turut bertanyakan mengenai jumlah kehadiran pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026.
“MAHA tahun ini berapa banyak?” tanya Dr Mahathir.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Bang Mat menerusi Facebooknya, beliau beramah mesra dengan Dr Mahathir. Foto Facebook Mohamad Sabu
Mohamad kemudian memaklumkan bahawa jumlah kehadiran pengunjung setakat ini sudah melebihi empat juta orang.
“MAHA tahun ini kehadiran setakat ini, Alhamdulillah dah lebih empat juta dah ni,” katanya.
Terdahulu, Edisi ke-14 MAHA itu berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos hingga 6 September ini.
MAHA merupakan platform utama sektor pertanian negara yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan, usahawan dan institusi penyelidikan dan pendidikan tinggi bagi mengetengahkan inovasi, teknologi serta peluang perniagaan dalam sektor agromakanan.
