Atikah Suhaime trauma, anak perempuan jatuh buaian

Atikah Suhaime trauma, anak perempuan jatuh buaian

Kuala Lumpur: “Semalam adalah situasi yang membuatkan saya trauma,”.

Itu tulis pelakon, Atikah Suhaime di Instagram Story, mengenang insiden yang berlaku membabitkan anaknya Lyla Mulan Teh yang terjatuh dari buaian elektronik.

Dalam hantarannya, Atikah baagimanapun meluahkan rasa syukur apabila Mulan mula kembali berselera untuk menjamah bubur nasi.

“Tapi, melihat Mulan akhirnya nak juga makan bubur nasi, saya rasa gembira. Semoga bayi-bayi di luar sana semuanya sihat selalu,” tulisnya.

Di platform sama, Atikah turut meluahkan rasa kagum kepada ibu-ibu di luar sana yang tidak ada pembantu dan berjuang bersendirian menjalankan tugas.

“Saya ada pembantu, tapi saya cuma tinggalkan Mulan sekejap sahaja sebab nak solat Asar. Benda jadi begitu. Saya fikir, macam manalah ibu-ibu di luar sana yang tak ada pembantu.

“Bagaimana mereka bertahan? Bagaimana mereka jaga anak mereka sambil bekerja? Semoga ibu-ibu lain semua dilindungi Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Mula terjatuh dari buaian elektronik yang dipasang secara salah oleh Atikah sendiri.

“Mami minta maaf. Tak kisahlah macam mana pun bayi anda merengek, pegang saja. Berhenti buat benda lain. Jaga bayi anda. Bayi anda membesar cuma sekali.

“Okaylah. Sebenarnya salah saya. Suami saya tengok, rupanya salah pasang. Saya betulkan dengan cara yang salah dan buatkan buaian itu jatuh. Saya dah guna tiga bulan dan ini memang salah saya. Saya rasa gagal sebagai seorang ibu,” tulisnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top