Atu Zero Nafi Berdendam & Bermasam Muka Dengan Sharif – “Bisalah Di Media Sosial Kena Nampak Gempak”

Atu Zero Nafi Berdendam & Bermasam Muka Dengan Sharif – “Bisalah Di Media Sosial Kena Nampak Gempak”

Pelawak dan pelakon, Atu Zero menolak dakwaan kononnya dia masih bemasam muka dengan abangnya, Sharif Zero.

Kata Atu atau pemilik nama sebenar Sharif Kunal Doli Sharif, dia tidak menyimpan perasaan dendam dengan kenyataan yang dikeluarkan abangnya sebelum ini berkenaan kisah hitamnya yang dikatakan pernah menjadi gelandangan dan hampir terjerumus dengan dadah.

Sebaliknya, memahami bahawa perkara yang dimuat naik di media sosial haruslah ‘gempak’.

“Tak ada dendam antara kami sebab hubungan adik beradik tidak akan putus.

“Kami okay dan biasa sahaja. Kalau dekat media sosial tu biasalah mesti kena nampak gempak macam bergaduh betul-betul,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Pernah Lari Dari Keluarga, Sharif Dedah Atu Zero Jadi Gelandangan… Hampir Terbabit Dengan Dadah?

Dalam pada itu, Atu mengaku bahawa tindakan Sharif mendedahkan perkara tersebut sebagai khilaf dan menyifatkan abangnya itu tidak sengaja.

Terdahulu, isu ini mula menjadi perhatian apabila tindakan Sharif itu dianggap sebagai mendedahkan aib adiknya sendiri, lantas enggan dirinya terus dipersalahkan ramai pihak, Sharif bagaimanapun menjelaskan tindakannya itu hanyalah sekadar mahu memberi inspirasi kepada penonton.

ARTIKEL BERKAITAN:”Terpulang Kalau Dia Fikir Itu Aib, Saya Hanya Nak Beri Inspirasi Pada Orang” – Dedah Tragedi ‘Hitam’ Adik, Sharif Zero Minta Maaf Pada Atu

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Buat Content Ketika Tunai Umrah, Isteri Atu Zero Tampil Perjelas – “Jangan Pukul Rata…”

ARTIKEL BERKAITAN:Atu Zero Lupa Birthday Isteri Tapi Hadiahkan Dengan Bawa Pergi Masjid – “Terima Kasih Jadi Isteri & Ibu Yang Baik”

 

Sumber: mStar

Scroll to Top