Kuala Lumpur : Tanggapan umum bahawa mana-mana broker pelaburan yang tidak berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebagai satu bentuk penipuan atau ‘scam’ adalah tidak tepat, menurut panduan edukasi kewangan Antos Pinnacles.
Dua badan pengawal selia kewangan utama negara, SC dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), bertindak mengikut perundangan serta bidang kuasa berbeza tanpa mana-mana entiti mengatasi antara satu sama lain.
SC mengawal selia pasaran modal di darat (onshore) seperti saham, unit amanah, dan bursa berlesen di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.
Sebaliknya, LFSA menyelia institusi kewangan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) merangkumi lesen Money Broking.
Sehubungan itu, kegagalan sesebuah broker memiliki lesen SC bukanlah satu indikator mutlak penipuan, sebaliknya mencerminkan perkhidmatan retail forex dan CFD sememangnya berada di luar rangka kerja pelesenan pasaran modal SC.
Terdapat berberapa fakta utama perbezaan kawal selia dan panduan pelabur seperti Skop Pelesenan Retail Forex yang membabitkan tiada broker retail forex yang memegang lesen SC kerana aktiviti itu berada di luar bidang kuasa pasaran modal domestik SC.
Selain peranan lesen LFSA iaitu Lesen Money Broking LFSA menyediakan pengawasan kawal selia sebenar ia termasuk syarat pejabat fizikal di Labuan dan pengasingan akaun pelanggan.
Namun ia tidak menyediakan skim pampasan pelabur berbanding standard kawal selia Tier-1 (seperti FCA UK atau ASIC Australia).
Maksud ‘SC Investor Alert List’ pula senarai amaran SC mengenal pasti entiti yang tidak mendapat kebenaran SC. Memandangkan retail forex di luar skop SC, kemunculan nama syarikat dalam senarai berkenaan bertindak sebagai peringatan untuk semakan lanjut, bukannya bukti muktamad penipuan.
Langkah Pengesahan Mandiri iaitu pelabur dinasihatkan membuat semakan lesen secara terus menerusi portal rasmi pengawal selia (LFSA/SC) tanpa bergantung kepada pautan atau maklumat di laman web broker semata-mata.
© New Straits Times Press (M) Bhd
