“Ayah Dia Paling Beria, Ibu Hawra Pun Ada” – Kamal Adli Teruja Teman Anak Ke Playschool

“Ayah Dia Paling Beria, Ibu Hawra Pun Ada” – Kamal Adli Teruja Teman Anak Ke Playschool

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa teruja pertama kali meluangkan masa bersama anaknya, Hawra Uqaira di taska.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal berkata dia gembira dapat melihat anaknya bermain, belajar dan menyanyi di sekolah.

BACA: “Ada Lamine, Dia Muslim & Sokong Palest*n” – Kamal Adli Sokong Sepanyol Menang Piala Dunia

Lebih menghiburkan, Kamal turut berkata dia yang paling teruja sehingga lupa untuk merakamkan momen berkenaan dan ibu kepada anaknya iaitu Uqasha Senrose turut ada bersama.

“Semalam happy diriku first time dapat pergi playschool Hawra. Dapat tengok dia main-main. Belajar. Nyanyi. Ayah dia paling beria sekali.  Ibu Hawra pun ada juga. Oh ya beria sampai terlupa nak ambil gambar. Buduhnya ok done curhat!” tulisnya.


Scroll to Top