
Azizulhasni (tengah) berkongsi kenangan ketika menjuarai acara keirin dalam Siri Kejohanan Dunia di Cali, Colombia 13 tahun lalu. Foto Facebook Azizulhasni Awang.
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengimbas momen indah ketika mengungguli acara keirin dalam Siri Kejohanan Dunia di Cali, Colombia 13 tahun lalu.
Beliau yang terkenal dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ mengimbau kenangan manis tersebut yang pada ketika itu berusia 22 tahun dan sudah setanding jagoan dunia.
Memori indah pelumba yang berasal dari Terengganu itu terungkap menerusi sekeping foto yang dikongsi di media sosial beliau pada Khamis.
“Terjumpa gambar lama pada tahun 2010 ketika memenangi acara Keirin di Siri Kejohanan Piala Dunia (World Cup Series) Cali, Colombia.



