Pelawak senior, Azlee Senario peroleh RM15,000 sebulan di aplikasi TikTok apabila ramai peminatnya memberikan gift ketika dia bersiaran langsung.
Terharu dengan sokongan peminat
Memetik laporan dari Media Hiburan, Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Jaafar, 55 tahun, menyatakan yang dirinya sangat terharu dengan sokongan para peminat yang menghargainya sepanjang berada di bidang seni sehingga sanggup menyumbang gift serta koin kepadanya.
âSaya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ia bermula ketika saya menjadi juri untuk sebuah program TV.
âAda sahabat cadangkan saya buat live di TikTok. Boleh buat duit lebih untuk tambang balik. Pada mulanya, saya macam malas nak mula.
âKemudian, sahabat saya itu ciptakan akaun dan tak sangka platform itu boleh jana pendapatan. Saya terkejut orang boleh beri âgiftâ sebanyak itu.
âAda satu hari, saya buat live selama lima minit dan meraih sebanyak RM8,500,âkatanya.
Azlee Senario peroleh RM15,000, saran artis senior manfaatkan TikTok
Susulan daripada itu, Azlee menyarankan agar selebriti senior untuk memanfaatkan platform tersebut untuk meraih pendapatan sampingan sebagai satu persediaan andai tidak mempunyai tawaran pekerjaan di masa hadapan.
âIa ini boleh menjadi platform untuk menraih pendapatan sampingan terutamanya buat artis-artis lama. Mereka masih ada peminat yang sayang mereka dan akan kongsi rezeki.
âKita lihat sahaja Datuk Red, dia pernah susah sampai terduduk tapi disebabkan dia buang rasa malu dan guna platfrom yang betul, masyarakat jadi sayang kepada dia.
âKita bukan minta sedekah tapi orang yang memberi. Ini hadiah daripada orang ramai,â ujarnya lagi.
Artikel lain: Azlee Senario menangis, terharu peminat beri âgiftâ ketika live TikTok
Azlee Senario peroleh RM15,000 sebulan, tak live setiap hari
Pelawak terbabit juga mengatakan yang dia tidaklah membuat live setiap hari, tetapi mempunyai sasarannya sendiri dan mengakui pendapatannya mencecah lima angka sebulan dengan mengadakan siaran langsung di TikTok.
âSaya tidak buat live setiap masa. Saya ada sasaran saya sendiri. Dalam satu hari, saya mencari RM500 dan kalau lebih, itu bonus.
âDalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya.
âAlhamdulillah, setakat ini duit kereta dan rumah TikTok yang bayar,â jelasnya Azlee.
Terdahulu, Azlee Senario pernah menangis kerana terharu melihat para peminatnya memberikan gift serta koin yang cukup banyak sewaktu diawal-awal dia bersiaran langsung di platform berkenaan.
Rata-rata mereka yang masuk ke dalam live pelawak tersebut kerana begitu menghargai karya-karya selebriti itu yang pernah menghiburkan banyak orang suatu ketika dahulu di kaca televisyen.
Sumber: Media Hiburan (Aizam Manaf), TikTok Azlee Senario
Â