Azlina sasar bantu 100 ibu tunggal di Melaka

Azlina sasar bantu 100 ibu tunggal di Melaka

MELAKA – Cabaran semasa ekonomi dan mahu memperkasa peranan wanita termasuk ibu tunggal dalam ekonomi mendorong seorang usahawan wanita menyasarkan kumpulan itu dalam perniagaannya.

Siti Azlina Mhd Halil, 36, berkata, dia dan suami, Mohamed Azzad Mohamed Ali, 38, akan bekerjsama dengan persatuan ibu tunggal untuk merealisasikan hasrat itu.

“Kita lihat selepas pandemik Covid-19, ramai yang terkesan termasuklah ibu tunggal atau surirumah apabila ada suami yang hilang kerja sebab itu kami keluarkan produk yang mudah dijual pada harga B40.

“Untuk permulaan, kita sasarkan 100 wanita dan ibu tunggal di Melaka dan memulakan perniagaan bersama Simply Lynn menjual produk kecantikan dan kesihatan termasuk Fiberfit dan DetoxFit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Siti Azlina menyasarkan 100 wanita dan ibu tunggal di Melaka dan memulakan perniagaan bersama produk kecantikan dan kesihatan diusahakannya.

Menurutnya, bagi memastikan kedua-dua produk keluaran tempatan itu mudah dibeli khususnya kumpulan B40, ia dijual pada harga RM99.90 bagi set kecantikan mengandungi lima produk manakala Fiberfit (RM39.90) dan DetoxFit, RM59.90.

“Selain itu, kita juga akan bantu mereka dari segi bagaimana cara dan teknik pemasaran untuk menarik minat pengguna produk di media sosial.

“Malah, selepas ini kita bercadang bertemu dengan persatuan ibu tunggal yang berada dalam Koperasi Hang tuah Jaya,” katanya.

Sementara itu, ibu tunggal, Nor Marhamah Ishak, 49, berkata, dia terharu apabila diberi peluang untuk membantunya menambah pendapatan bersama dua anaknya.

Nor Marhamah Ishak

“Saya lihat peluang perniagaan ini amat baik supaya tidaklah kami selamanya perlu bergantung kepada bantuan one off daripada kerajaan semata-mata,” katanya yang tinggal di Jasin.

Siti Nor Fathin Haron Daai, 34, yang telah bersama dengan Simply Lynn sejak enam tahun lalu mengakui produk kecantikan itu mudah dijual dan tidak sabar untuk menjual produk kesihatan  yang baharu dilancarkan semalam.

“Apatah lagi, anak saya mengidap sakit paru-paru yang memerlukan kos rawatan agak tinggi setiap tahun selain memastikannya mendapat pendidikan terbaik.

“Tak perlulah lagi saya hanya mengharapkan nafkah daripada bekas suami semata-mata jika sudah boleh menjana pendapatan sendiri untuk simpanan saya dan anak untuk masa hadapan,” katanya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top