Aznil Nawawi Berbangga Pencapaian Pelajar Cemerlang SPM, Puji Semangat Remaja Autistik Raih 9A

Aznil Nawawi Berbangga Pencapaian Pelajar Cemerlang SPM, Puji Semangat Remaja Autistik Raih 9A

Pengacara tersohor dan penyampai Kool 101, Datuk Aznil Haji Nawawi berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya remaja autisik, Zul Ilhan Hasil Zul Izuddin yang mendapat keputusan 9A.

Menurut figura yang mesra disapa Paknil itu, kejayaan pelajar cemerlang ini harus menjadi contoh orang ramai dan kisah Zul Ilhan juga boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat, terutamanya ibu bapa yang membesarkan anak istimewa.

Paknil yang merupakan duta jenama kesihatan terkenal, Eskayvie meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar ini dalam satu acara istimewa, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic yang berlangsung di DoubleTree by Hilton, Shah Alam baru-baru ini.

“Saya berbangga dengan pelajar-pelajar cemerlang yang menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam SPM ini. Mereka merupakan harapan ramai yang bakal menjadi pelapis untuk memajukan negara kelak.

“Apa yang penting, mereka mengamalkan Eskayvie Mindtropic untuk kekal fokus mencapai cita-cita. Dalam pada itu, saya sangat berbangga dengan Zul Ilhan. merupakan remaja autistik, sebelum ini tidak mengetahui dirinya tergolong dalam spektrum autisme sehingga berusia 17 tahun.

“Namun semangat dan sokongan keluarga serta pendekatan menyeluruh termasuk pemakanan sihat dan sokongan emosi telah membantu Zul Ilhan mencapai kejayaan luar jangkaan.

“Saya sangat tersentuh bila dengar kisah Zul Ilhan. Dia bukan saja buktikan bahawa anak autisme mampu berjaya, malah jadi simbol harapan untuk semua anak muda di luar sana. Bukan mudah, tapi Zul Ilhan berjaya kerana ada sistem sokongan yang kuat iaitu keluarga, guru, dan juga produk yang membantu kesihatan dan fokus,” ujarnya.

Selain Paknil dan pelajar-pelajar yang diraikan, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa serta Ketua Pegawai Operasi Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri dan Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed.

Dalam pada itu, Zul Ilhan turut meluahkan rasa gembira kerana berjaya meraih keputusan 9A dalam SPM.

Ditemani oleh ibu dan bapanya, Zul Izuddin A Rahman dan Hanny Norza’atul Syima Othman, Zul Ilhan mahu mencapai cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang animasi.

“Selama 17 tahun saya dan keluarga hidup tanpa mengetahui hakikat saya merupakan seorang pelajar autistik kerana selama ini saya gemar menyendiri dan kurang bergaul kerana bersikap pemalu. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh pakar pada akhir Julai tahun lalu mengesahkan saya merupakan orang kurang upaya (OKU) kategori High-functioning Autism (HFA).

“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat berjaya dalam SPM walaupun berhadapan dengan halangan. Insya-Allah, saya mahu menyambung pelajaran dalam bidang animasi selepas ini, Insya-Allah,” katanya lagi.

Scroll to Top