Oh! Tidak
Davina Karamoy dikecam gara-gara babak panas dalam drama. Netizen risau budaya filem Barat.
Industri hiburan Indonesia sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas tersebarnya babak panas daripada sebuah drama terbaru.
Babak itu menunjukkan aktres muda Davina Karamoy bersama pelakon Irsyadillah dalam adegan intim yang dianggap keterlaluan dan langsung tidak sesuai untuk tontonan umum.
Menerusi video promosi pendek drama tersebut, kedua-dua pelakon dilihat sedang berbaring di atas katil dalam keadaan separuh bogel, hanya berselimut.
Adegan itu jelas memberi bayangan mereka baru sahaja melakukan hubungan intim, walaupun drama itu bukan diklasifikasikan sebagai 18SX.
“Filem tak laku kalau tak ada seks?”- Netizen.
Rata-rata meluahkan rasa kecewa dan marah dengan arah tuju industri filem di Indonesia yang dikatakan semakin berani meniru gaya filem Barat.
Hati-hati ya wahai pembuat filem. Ingat, negara Indo majoritinya Islam.
Masih muda tapi sudah berani buat babak begitu. Nak glamor sangat ke?- Komen netizen.
Ada juga yang menyindir para penerbit dan pengarah dengan berkata seolah-olah drama Indonesia sekarang hanya akan ‘meletup’ jika ada babak ranjang.
Pelakon muda jadi sasaran kecaman…
Davina Karamoy yang masih muda turut menjadi fokus kritikan ramai. Netizen mempersoalkan keputusan beliau untuk melakonkan babak intim walaupun masih dalam usia yang sangat muda dan dikatakan belum cukup matang untuk memahami impak jangka panjang lakonannya itu.
Ada juga pihak yang meluahkan rasa simpati kerana takut aktres muda ini akan terperangkap dalam imej seksi demi populariti jangka pendek.
Walaupun topik ini menyentuh industri hiburan Indonesia, netizen turut mengaitkan isu yang sama berlaku di Malaysia. Beberapa filem dan drama tempatan juga pernah dikritik kerana menampilkan babak panas, walaupun pelakonnya beragama Islam, malah ada yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Pssttt! Sebagai pencinta hiburan, kita memang suka jalan cerita yang ‘real’ dan berani. Tapi, sebagai masyarakat yang kaya dengan nilai agama dan budaya, penting untuk kita fikir kesan jangka panjang. Hiburan tak semestinya perlu seksi untuk menarik perhatian. Malah, karya yang bijak dan menyentuh hati lebih kekal dalam ingatan.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!





