Bagnaia bergaya pertahan kejuaraan dunia

Bagnaia bergaya pertahan kejuaraan dunia

Valencia: Pelumba Itali, Francesco Bagnaia mengekalkan kejuaraan dunia MotoGP selepas mengungguli pusingan terakhir di Valencia, hari ini.

Pelumba Ducati berusia 26 tahun itu mengesahkan kejuaraan selepas pesaing terdekatnya, Jorge Martin terbabit kemalangan pada awal perlumbaan.

Bagnaia mendahului tanpa menyedari bahawa Martin bersama jenteranya, Ducati-Pramac terbabit kemalangan dengan pelumba Honda, Marc Marquez yang mengakibatkan kedua-duanya gagal menamatkan perlumbaan.

Martin dilihat mengelengkan kepalanya manakala juara enam kali, Marquez menamatkan kariernya bersama Honda dengan noktah mengecewakan.

Martin kembali ke hentian pit di mana dia dilihat menangis dan dipeluk oleh rakan sepasukannya selepas kemalangan itu yang menyebabkan 93,000 penonton terkejut.

Bagnaia mengatasi pemenang di Qatar, Fabio Di Giannantonio untuk meraih kemenangan ketujuhnya musim ini.

Pelumba Perancis, Johann Zarco, pula meraih tempat ketiga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top