
JDT B-15 yang mengambil bahagian saingan Piala Pra U di Gambang, Kuantan. – Foto Sukan IPT
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) Bawah 15 (B-15) tekad meraih keputusan positif apabila melayan Mutiara Soccer Allstars (MSA) dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Pra U di padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan, Pahang pada Isnin.
Pengendali JDT B-15, Muhamad Adibf Md Shariff berkata, pasukan dari selatan tanah air itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang ke atas MSA.
“Kami wajib memenangi perlawanan esok untuk layak ke pusingan seterusnya.
“Perlawanan esok ibarat final buat kami, jadi kami akan berjuang habis-habisan,” katanya.



