Baik sungguh persahabatan Erra-Awie

Erra_Awie_couple

Kuala Lumpur: Bukan semua bekas kekasih apatah lagi pasangan yang pernah putus tunang boleh menjadi sahabat baik selepas memutuskan hubungan percintaan.
Situasi tersebut dapat digambarkan terhadap hubungan Erra dan Datuk Awie yang kini bersahabat baik.
Sama ada Erra mahu pun Awie, kedua-duanya sangat profesional dan tidak pernah terdengar pun kisah mereka bermasam muka sekiranya diminta untuk digandingkan bersama.

Hubungan baik antara mereka jelas dapat disaksikan dalam satu hantaran yang dimuat naik Erra baru-baru ini.
Dalam perkongsian tersebut, Erra telah memberi sekotak hadiah kepada Awie sempena ulang tahun kelahiran ke-52 pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu baru-baru ini.

Erra yang menulis ucapan untuk Awie itu turut mendoakan semoga isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin yang kini hamil tujuh bulan selamat bersalin. Rata-rata pengikutnya dalam Instagram memuji sikap Erra dan mendoakan agar hubungan mereka berdua kekal baik selama-lamanya.

“Suka tengok hubungan persahabatan Erra dan Awie. Semoga hubungan persahabatan itu akan kekal sampai bila-bila. Amin,” tulis seorang netizen dalam ruangan komen.Diva juga doakan agar mereka berdua akan kekal bersahabat sehingga syurga. Mungkin artis lain boleh jadikan mereka contoh. Tidak semestinya putus cinta, tidak boleh bersahabat ka?

Sumber: Cosmo
Malay News
Glamour Desk