Bakal jadi ibu, Mona Allen tampil berhijab perbaiki diri – “Doa yang baik2..”

Aktres Mona Allen enggan mengulas lanjut tentang penampilan berhijabnya dan memilih untuk membiarkan orang ramai melakukan andaian sendiri berhubung imej tersebut.

Menurut laporan mStar Online, Mona mengakui dia kini dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik apatah lagi bakal bergelar ibu sekitar September nanti.

“Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang saya kongsikan itu… itulah.
“Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takut kalau salah cakap, nanti jadi lain pula.
“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” kata pelakon berusia 37 tahun itu.

Ditanya mengenai kehadiran anak sulung nanti, pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu bersyukur apabila mendapat pelbagai hadiah barangan bayi daripada orang sekeliling.

“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah memasuki tujuh bulan… Sekarang saya masih di Johor, teman suami shooting.
“Insya-Allah nanti balik KL, saya dan suami akan cari lagi barang keperluan baby. Tapi alhamdulillah, ramai yang menghadiahkan barang baby. Saya anggap rezeki baby dapat macam-macam,” ujarnya lagi.

Terdahulu, penampilan Mona mencuri tumpuan pengikutnya yang mendoakan agar dia terus beristiqamah selepas memuat naik beberapa foto mengenakan hijab.

Untuk info, Mona atau nama lengkapnya Munna Hafiraneza Allen mendirikan rumah tangga dengan aktor Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.

Sumber: mStar Online (Nur Asyikin Mayudin) , Instagram Mona Allen