Bangkit daripada ketinggalan 7-17, Se-young pamer aksi luar biasa benam Yu Fei

Bangkit daripada ketinggalan 7-17, Se-young pamer aksi luar biasa benam Yu Fei
Bangkit daripada ketinggalan 7-17, Se-young pamer aksi luar biasa benam Yu Fei

An Se-young

JAGUH perseorangan wanita nombor satu dunia, An Se-young berjaya melangkah ke pentas final Terbuka Indonesia 2026 selepas menewaskan wakil China, Chen Yu Fei pada aksi separuh akhir pada Sabtu.

Dalam aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu, pemain Korea Selatan berkenaan mencatatkan kemenangan dramatik menerusi pertarungan tiga set 21-17, 19-21, 23-21.

Kemenangan tersebut nyata amat bermakna buat Se-young selepas dia sebelum itu ketinggalan jauh 7-17 pada set penentuan.

Bagaimanapun, dia memamerkan kebangkitan luar biasa untuk merapatkan jurang mata sebelum menterjemahkannya kepada kemenangan mutlak.

“Bagi saya, hari ini nasib menyebelahi saya. Pada mata-mata terakhir, saya tidak melihat kepada papan mata dan hanya fokus untuk menenangkan fikiran,” kata Se-young selepas perlawanan.

Di pentas final, dia bakal berdepan pilihan ketiga kejohanan dari Jepun, Akane Yamaguchi yang mara selepas menewaskan seorang lagi wakil Korea Selatan, Sim Yu-jin 21-14, 21-7 dalam tempoh 29 minit.

“Untuk aksi esok, saya akan cuba untuk lebih menikmati perlawanan. Memandangkan saya sudah berada di pentas final, saya akan memberikan aksi yang terbaik,” ujarnya.

Scroll to Top