am@hmetro.com.my
Kuching: Banjir yang melanda Miri dan Bintulu tidak menjejaskan operasi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di kedua-dua kawasan berkenaan.
Komunikasi Media Petronas dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keselamatan kakitangan, keluarga mereka dan masyarakat sekeliling adalah keutamaan syarikat itu.
Menurutnya kenyataan itu, mereka akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjaga kesejahteraan orang ramai, alam sekitar dan aset.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak berkuasa dan Pelabuhan Bintulu atas kerjasama yang diberikan.
“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan sokongan jika diperlukan,” katanya.
Sejak semalam tular di laman sosial Facebook video loji Malaysia LNG (MLNG) di Bintulu turut dilanda banjir.
© New Straits Times Press (M) Bhd




