am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 836 orang membabitkan tiga daerah iaitu Kota Bharu, Bachok dan Tumpat sehingga 8 malam ini.
Kesemua mangsa daripada 346 keluarga berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tumpat merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 370 orang daripada 171 keluarga berada di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2 dan SK Sri Tumpat 2.
Mangsa banjir di Bachok pula seramai 346 orang daripada 105 keluarga berlindung di dua PPS iaitu SK Pauh Sembilan dan SK Jelawat.
Di Kota Bharu mencatatkan 120 mangsa banjir daripada 70 keluarga di empat PPS iaitu SK Tapang, SK Parang Puting, SK Sering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti.
© New Straits Times Press (M) Bhd




