Banjir Terengganu semakin buruk, Dungun daerah terbaharu

Banjir Terengganu semakin buruk, Dungun daerah terbaharu

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Banjir di negeri semakin memburuk apabila Dungun pula dilanda banjir selepas Kemaman dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu bagi menempatkan seramai 205 mangsa daripada 59 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Terengganu memaklumkan, keseluruhan mangsa yang dipindahkan di dua daerah berkenaan ialah seramai 372 orang daripada 100 keluarga yang kini ditempatkan di tujuh PPS.

Dua PPS di Dungun adalah Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja yang diaktifkan jam 5 petang menempatkan 55 mangsa daripada 20 keluarga dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor, seramai 150 mangsa daripada 39 keluarga.

Di Kemaman, seramai 167 mangsa daripada 41 keluarga yang berlindung di lima PPS.

Tiga PPS yang diaktifkan sebelum ini kekal dengan jumlah mangsa yang dipindahkan iaitu PPS Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih kekal dengan mangsa seramai 92 orang daripada 21 keluarga, Dewan Orang Ramai Batu 14 (39 mangsa, 10 keluarga dan Masjid Kampung Batu 16 Tebak pula seramai 28 orang daripada lapan keluarga.

Dua PPS yang baharu diaktifkan jam 6.30 perang tadi iaitu SK Lembah Jabor menempatkan seramai lima mangsa daripada satu keluarga dan Dewan Ketengah Dadong dengan mangsa yang berlindung seramai tiga orang daripada satu keluarga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top