Paris: Barcelona dan Manchester United mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan play-off Liga Europa yang penuh mendebarkan ketika Juventus dikecewakan oleh Nantes apabila mencatatkan keputusan seri 1-1.
Perlawanan di Camp Nou menghimpunkan dua gergasi Eropah yang pernah bertemu dalam dua perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2009 dan 2011 dan kedua-duanya kini berada dalam prestasi cemerlang saingan domestik.
Selepas gagal memecahkan kebuntuan pada separuh masa pertama, pendahulu La Liga, Barcelona mendahului perlawanan lima minit memasuki babak kedua hasil tandukan Marcos Alonso.
Bagaimanapun, United menyamakan kedudukan tiga minit kemudian apabila Marcus Rashford menewaskan penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen untuk menjaringkan gol ke-13 dalam 15 perlawanan sejak Piala Dunia.
Pasukan Liga Perdana itu kemudian mendahului sejam kemudian menerusi jaringan sendiri Jules Kounde, tetapi hantaran lintang Raphinha pada suku terakhir perlawanan memastikan keputusan seri untuk Barca di hadapan lebih 90,000 penonton.
“Saya fikir ia adalah permainan yang hebat. Dua pasukan penyerang, saya fikir ia adalah perlawanan Liga Juara-Juara, malah lebih daripada itu,” kata pengendali United, Erik ten Hag
“Kami perlu menamatkannya di Old Trafford.”
Jurulatih Barcelona Xavi Hernandez bagaimanapun meluahkan rasa tidak puas hati apabila pasukannya sepatutnya mendapat penalti kerana bola terkena tangan Fred.
“Penalti dicuri,” kata Xavi. “Saya tidak tahu kenapa mereka tidak memberikan penalti untuk bola yang terkena tangan sekarang. Ia kelihatan luar biasa kepada saya. Luar biasa.”
Sementara itu memenangi Liga Europa adalah peluang terbaik buat Juventus untuk kembali ke Liga Juara-Juara musim depan selepas mereka dikenakan potongan 15 mata dalam Serie A.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali sebagai aktiviti perpindahan terlarang yang direka untuk meningkatkan akaun mereka menyebabkan gergasi Turin itu ketinggalan 12 mata daripada empat teratas di tempat sendiri.
Berdepan Nantes mereka tampak akan menang selesa apabila Federico Chiesa membuat hantaran lintang yang menemui Dusan Vlahovic untuk gol awal permainan.
Namun pemenang Piala Perancis, Nantes menyamakan kedudukan selepas sejam menerusi Ludovic Blas.
Rembatan Chiesa kemudian terkena tiang dan terkeluar.
Nantes juga terselamat selepas VAR melihat semula insiden terkena tangan namun pengadil sebaliknya memberikan sepakan percuma membuatkan Juventus perlu lebih bekerja keras pada perlawanan kedua.
Perlawanan lain menyaksikan Monaco bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 3-2 di tempat lawan berdepan skuad kendalian Xabi Alonso, Bayer Leverkusen dengan Axel Disasi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92.
Jaringan sendiri penjaga gol Leverkusen, Lukas Hradecky meletakkan Monaco di depan pada awal babak kedua dengan hanya jaringan babak kedua Moussa Diaby dan Florian Wirtz menukar keadaan.
Bagaimanapun Krepin Diatta membawa kembali pasukan dari ibu kota itu untuk menyamakan kedudukan sebelum jaringan kemenangan pertahanan Perancis, Disasi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




