Bawa Watak Ustazah, Azira Shafinaz Dah Ada Niat Nak Bertudung

Mengakui menyimpan hasrat untuk berhijab, bagaimanapun pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz tidak mahu melakukan perubahan tersebut secara drastik.

Azira berkata dia mahu perbaiki dirinya terlebih dahulum sebelum membuat keputusan itu. Ujarnya, dia akan berhijab apabila sudah bersedia dan berharap peminat mendoakannya.

BACA: Azira Shafinaz Belajar Hukum Bacaan Al-Quran Untuk Jiwai Watak

“Sudah tentu, satu hati nanti(bertudung), kita pun orang Islam dan nak yang terbaik untuk diri kita. Jadi saya hanya harap orang dekat luar dana doa yang baik-baik untuk saya.

“Doakan satu hari nanti saya berhijab sama macam Cik Manggis. Perkara ini mengambil masa, sebab saya kalu nak buat sesuatu perkara tak nak buat dengan terlalu drastik,” katanya.

Memegang watak sebagai Ustazah Anna menerusi telefilem Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof, Azira berkata dia turut mendapatkan bantuan seorang cikgu untuk membaca ayat Al-Quran dengan betul.

Penunggang Agama menampilkan pelakon utama Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan serta Sabrina Al akan mula ditayangkan di Saluran Astro First Khamis ini.