Gambar pegang perut, Shaheizy Sam & Syatilla Melvin bakal timang anak ke-3?

Pasangan pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sememangnya terkenal antara keluarga artis yang tak lokek berkongsi kehidupan seharian mereka kepada peminat.

Sering memuat naik gambar melakukan aktiviti bersama, pasangan pelakon ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang sedang membesar.

Dalam perkongsian terbaru pelakon Adnan Sempit ini, Shaheizy Sam atau mesra disapa Sam telah membuat posting gambarnya berdua bersama isteri tersayang, Syatilla dengan meninggalkan kapsyen seakan memberi tanda tanya kepada para peminat.

Sam menulis seakan memberi bayangan isterinya sedang berbadan dua dengan menyertakan gambar mereka dan memegang perut Syatilla.

“Gambar berdua je tapi rasa macam ada org ketiga menendang-nendang,” tulis Shaheizy Sam

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memperkatakan perkara sama melihat perut Syatilla yang seakan hamil.

Mereka juga mengucapkan tahniah jika benar pelakon wanita itu berbadan dua.

 

Namun begitu ada juga yang memaklumkan itu hanyalah gambar lama memandangkan ketika ini Sam terlihat lebih berisi dan membuat spekulasi bahawa gambar tersebut adalah gambar lama yang dimuat naik semula oleh pelakon tersebut.

Pasangan pelakon ini telah berumahtangga pada tahun 8 Februari 2016. Setakat ini, mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Sheriv Samheizy pada 2018 dan anak kedua, Sarima Samheizy pada 2019.

Sumber: Shaheizy Sam